Albayen Premium

Help Centre


Frequently Asked Question (FAQ)

Everything you need to know so you can use Albayen like a pro

1. Bagaimanakah cara untuk log keluar dari akaun pentadbir sekolah?
Jawapan: Tekan ikon sekolah pada bahagian atas sebelah kanan, kemudian tekan ‘Logout’.

2. Bagaimanakah cara untuk menukar gambar profil pentadbir sekolah?
Jawapan: Tekan ikon sekolah pada bahagian atas sebelah kanan, kemudian tekan ‘Update profile picture’.

3. Apakah perbezaan antara akaun pentadbir sekolah dan guru?
Jawapan: Akaun pentadbir sekolah adalah untuk menguruskan perkara yang berkaitan dengan sekolah seperti pendaftaran guru dan murid dan untuk penugasan guru kelas, guru mata pelajaran dan kelas bagi murid. Di akaun ini, komunikasi adalah di antara sekolah kepada guru, murid dan ibubapa pada fungsi ‘Announcement’. Akaun guru pula adalah untuk memasukkan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran serta memuat naik dan mencipta aktiviti untuk murid. Selain itu guru boleh mengambil kedatangan murid dan juga boleh mendaftar masuk kehadiran untuk diri sendiri. Di akaun ini, komunikasi adalah di antara guru kepada murid dan ibubapa pada fungsi ‘Announcement’ manakala komunikasi tertumpu guru kepada murid melalui fungsi ‘Forum’.

4. Saya ada ramai guru dan murid untuk didaftarkan ke dalam sistem. Adakah saya boleh melakukan pendaftaran guru dan murid secara serentak?
Jawapan: Ya, anda boleh menekan pada butang ‘Bulk Registration’

5. Untuk pendaftaran murid, bagaimana jika murid tidak mempunyai emel sendiri?
Jawapan: Pengguna boleh meninggalkan ruangan kosong pada ruang emel murid. Tetapi, untuk tujuan keselamatan, pengguna dinasihatkan untuk memasukkan emel yang sah, iaitu menggunakan sama ada emel guru atau emel ibu bapa. Sekiranya murid masih belum mempunyai emel, kami menyarankan untuk pihak sekolah mendaftarkan emel yang sah kepada murid, ataupun meminta alamat emel daripada murid sendiri. Ini adalah bagi tujuan keselamatan dan untuk beberapa fungsi yang akan dibangunkan oleh sistem Albayen pada masa hadapan.

6. Adakah seorang guru boleh mengajar lebih dari satu subjek dan kelas?
Jawapan: Boleh. Penugasan guru kelas dan guru matapelajaran perlu dilakukan di bahagian Menu ‘Class’ yang telah dicipta.

7. Adakah akaun Pentadbir Sekolah boleh diakses lebih daripada satu pengguna pada masa yang sama?
Jawapan: Akaun pentadbir sekolah boleh diakses oleh lebih dari seorang guru, tetapi tidak boleh diakses pada masa yang sama. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya penindanan data.

8. Mengapa ‘Login Counter’ Guru (Teacher), Murid (Student) dan Ibu bapa (Parents) masih lagi kosong?
Jawapan: Ianya masih kosong kerana guru, murid dan ibu bapa belum log masuk ke dalam sistem.

9. Bolehkah saya mengubah semula nama kelas sekiranya berlaku perubahan?
Jawapan: Boleh. Anda cuma perlu pergi ke Menu ‘Class’. Kemudian, tekan butang ‘edit’ untuk menyunting nama kelas tersebut.

10. Adakah terdapat sebarang had untuk memasukkan nombor telefon pada bahagian pendaftaran guru?
Jawapan: Untuk nombor telefon, cuma perlu masukkan nombor belakang sahaja. Sebagai contoh, sekiranya nombor telefon anda ialah 010-1234567, sila masukkan 1234567 sahaja. Untuk 010, sila pilih di menu dropdown pada sebelah kiri.

11. Bagaimana hendak menugaskan seorang guru itu sebagai guru kelas?
Jawapan: Pergi ke Menu ‘Class’ dan pilih nama Kelas dan tekan butang ‘Bulk Assign’ pada bahagian sebelah kanan. Satu menu pop-up akan muncul, tekan butang tahun. Selepas itu, tekan butang ‘Assign Teacher’ pada bahagian sebelah kiri untuk memilih nama guru kelas.

12. Bolehkah seorang guru ditugaskan sebagai guru kelas bagi kelas yang berbeza?
Jawapan: Boleh. Tekan butang ‘Assign Class’. Kemudian pilih nama kelas yang pertama. Setelah selesai penugasan kelas yang pertama, pilih pula nama kelas yang kedua dan lakukan langkah yang sama.

13. Bagaimana jika kelas pada sesi pagi dan sesi petang mempunyai nama kelas yang sama?
Jawapan: Sila pergi ke Menu ‘Class’. Semasa mendaftarkan nama kelas, namakan kelas tersebut seperti 1 Contoh (Pagi) dan 1 Contoh (Petang).

14. Bagaimana jika seorang murid itu ditukarkan kelas?
Jawapan: Untuk menukarkan murid ke kelas yang lain, pergi ke menu ‘Class’. Tekan butang ‘Bulk Assign’. Pilih tahun semasa. Cari nama murid yang ingin ditukarkan kelas dan tekan butang ‘Delete’. Kemudian, pergi ke kelas baru yang ingin ditukar. Tekan butang ‘Assign Student’ kemudian pilih nama murid tersebut.

15. Bolehkah pentadbir sekolah mendaftarkan guru secara pukal?
Jawapan: Boleh. Sila pergi ke Menu ‘Teacher’ dan tekan butang ‘Bulk Teacher Registration’. Selepas masukkan maklumat guru pertama, tekan butang ‘+’.

16. Bolehkah pentadbir sekolah mendaftarkan murid secara pukal?
Jawapan: Boleh. Sila pergi ke Menu ‘Student’ dan tekan butang ‘Bulk Studentr Registration’. Selepas masukkan maklumat guru pertama, tekan butang ‘+’.

17. Bagaimana hendak mendaftarkan ibu bapa murid?
Jawapan: Sila pergi ke Menu ‘Student’. Di kolum sebelah kanan nama murid, sila tekan Add a Parent. Pastikan anda berada di tab ‘New’. Kemudian masukkan nama, MyKad, dan nombor telefon ibu bapa. Jika nama ibu bapa telah wujud, sila cari nama ibu bapa di bahagian “Existing”.

18. Bolehkah guru ditukarkan untuk mengajar subjek yang lain?
Jawapan: Boleh. Sila pergi ke ‘Class’ dan masuk pada ‘Bulk Assign’, pergi kepada subject yang telah ditugaskan kepada guru dan buang nama guru tersebut. Kemudian, pergi kepada subjek baru yang perlu ditugaskan kepda guru tersebut dan tekan butang ‘Assign’.

1. Bagaimana jika guru terlupa kata laluan?
Jawapan: Pengguna boleh menukar kata laluan dengan menekan menu ‘Forgot Password?’ pada halaman log masuk.

2. Bolehkah guru menukar email?
Jawapan: Boleh, sila maklumkan kepada pihak pentadbir sekolah untuk mengemaskini maklumat email yang baru.

3. Bagaimanakah cara untuk log keluar dari akaun guru?
Jawapan: Tekan ikon guru pada bahagian atas sebelah kanan, kemudian tekan ‘Logout’.

4. Bagaimanakah cara untuk menukar gambar profil guru?
Jawapan: Tekan ikon guru pada bahagian atas sebelah kanan, kemudian tekan ‘Update profile picture’.

5. Adakah aktiviti boleh dibuat dalam bahasa jawi?
Jawapan: Boleh sekiranya anda mempunyai format font jawi di peranti. Jika tiada format font jawi, sila muat turun dahulu font jawi di peranti anda.

6. Apakah fungsi menu ‘Exam Results’?
Jawapan: Menu tersebut adalah untuk memasukkan markah peperiksaan. Murid dan ibu bapa dapat melihat markah yang dimasukkan pada akaun masing-masing. Tarikh yang dimasukkan adalah tempoh untuk guru memasukkan markah murid.

7. Apakah perbezaan antara ‘Workspace’ dan ‘Activities’?
Jawapan: ‘Workspace’ ialah bahan dan aktiviti yang dicipta oleh guru kepada murid manakala ‘Activities’ ialah aktiviti yang telah disediakan oleh pihak Albayen.

8. Dibahagian manakah guru boleh memuat naik bahan dan mencipta aktiviti kepada murid?
Jawapan: Guru boleh memuat naik bahan dan mencipta aktiviti di bahagian tab ‘Workspace’ di menu ‘Class’. • Untuk memuat naik bahan, pada tab ‘Workspace’, sila tekan butang ‘Upload/Create’, kemudian pilih tab ‘Material’. Masukkan maklumat bahan yang perlu dimuat naik kemudian tekan butang ‘Submit’. Had limit yang dihadkan untuk memuat naik bahan adalah 30MB. • Untuk membina aktiviti, pada tab ‘Workspace’, sila tekan butang ‘Upload/Create’, kemudian tekan butang ‘Submit’. Pada bahagian ini, guru hanya memasukkan maklumat asas mengenai aktiviti yang ingin dimuat naik. Guru perlu ke bahagian kotak maklumat di bahagian tab ‘Workspace’, kemudian pilih tajuk aktiviti yang telah diisi untuk menambah soalan. (tekan butang ‘Action’ dan pilih ‘Customize Activity’).

9. Bolehkah saya berkongsi aktiviti yang telah di bina bersama guru-guru lain?
Jawapan: Boleh. Pilih tajuk aktiviti yang hendak dikongsikan kemudian pada butang ‘Action’ di sebelah kanan, tekan butang ‘Share’. Dengan cara ini, guru dapat berkongsi aktiviti yang guru lakukan bersama guru-guru yang lain. Tekan butang ‘Unshare’ sekiranya guru tidak lagi mahu berkongsi aktiviti tersebut.

10. Apakah perbezaan fungsi menu ‘Cloud’ dan tab ‘Cloud Resources’?
Jawapan: Pada menu ‘Cloud’, semua soalan yang telah dikongsikan oleh guru-guru akan dipaparkan, manakala bagi tab ‘Cloud Resources’, menu tersebut adalah senarai aktiviti yang telah dipilih oleh guru daripada menu ‘Cloud’ untuk dikongsikan didalam kelas.

11. Apakah jenis-jenis soalan yang boleh dibina oleh guru dibahagian ‘Workspace’?
Jawapan: Terdapat 5 jenis soalan yang boleh dibina iaitu soalan yang berbentuk Multiple Choice, True or False, Fill in the Blank, Short Essay dan File Upload. Soalan berbentuk ‘closed ended’ iaitu Multiple Choice Question, True or False, Fill In The Blank adalah ‘automated grading’ oleh sistem. Manakala untuk jenis soalan ‘open ended’ iaitu Short Essay dan File Upload, markah akan diberikan oleh guru.

12. Bagaimanakah cara untuk memberikan markah kepada aktiviti yang telah dilakukan oleh murid?
Jawapan: Tekan butang ‘Action’ pilih butang ‘Grade Activity’. Guru boleh melihat paparan senarai nama murid dan melihat jawapan yang telah diberikan oleh murid. Tekan butang ‘Grade Answer’ untuk menanda jawapan. Kemudian tekan butang ‘Mark’ untuk memberi markah.

13. Adakah guru boleh menggunakan kaedah File Upload untuk latihan individu?
Jawapan: Tidak, File upload adalah untuk aktiviti berkumpulan sahaja.

14. Bagaimanakah cara untuk saya membina jenis soalan berbentuk Fill in the Blank?
Jawapan: Guru hanya perlu memasukkan tanda underscore (_) untuk bahagian jawapan.

15. Mengapakah saya perlu memasukkan underscore (_) pada bahagian soalan Fill in the Blank?
Jawapan: Underscore (_) akan menjadi penunjuk tempat kosong untuk murid memasukkan jawapan.

16. Untuk soalan Fill in the blank, bolehkah saya memasukkan lebih dari 2 underscore (_)?
Jawapan: Tidak boleh. Jumlah underscore e(_) maksimum adalah dua sahaja.

17. Adakah saya perlu memasukkan 2 underscore (_) pada soalan Fill in the Blank?
Jawapan: Anda mempunyai pilihan untuk memasukkan 1 atau 2 underscore (_) untuk setiap soalan. Jumlah underscore (_) maksimum adalah dua sahaja.

18. Untuk soalan Multiple Choice, guru dikehendaki memasukkan 4 pilihan jawapan. Bagaimana pula jika soalan tersebut mempunyai 3 pilihan jawapan sahaja?
Jawapan: Sila letak sengkang (-) pada kotak jawapan yang keempat.

19. Bagaimanakah cara untuk guru membina soalan berbentuk Short Essay?
Jawapan: Guru hanya perlu memilih Short Essay pada bahagian ‘Question Type’. Kemudian masukkan soalan yang dikehendaki. Guru perlu menanda jawapan murid selepas murid selesai menjawab soalan berbentuk ‘Short Essay’.

20. Mengapakah saya tidak boleh memilih jenis soalan lain selepas saya membina soalan berbentuk ‘Short Essay’?
Jawapan: Ini kerana soalan Short Essay adalah berbentuk ‘open ended’ dan jawapan perlu ditanda oleh guru. Namun begitu, guru boleh membina jenis silaan campuran bagi soalan jenis ‘closed ended’ (Multiple Choice Question, True or False and Fill in the Blank).

21. Mengapakah guru tidak boleh mengjantar soalan yang telah dibina?
Jawapan: Guru wajib mengisi semua bahagian yang mempunyai tanda bintang (*).

22. Siapakah yang menyediakan bahan di ‘Albayen Library’?
Jawapan: Bahan tersebut disediakan oleh pihak Albayen.

23. Bagaimanakah cara untuk mengambil kehadiran murid?
Jawapan: Pada menu ‘Attendance’, tekan butang ‘Record Attendance’, kemudian pilih kehadiran murid dan tekan ‘Add’.

24. Bolehkah guru memuat naik surat-surat penting seperti surat makluman kepada ibu bapa dan murid?
Jawapan: Boleh, guru perlu memuat naik surat tersebut pada menu ‘Announcement’.

25. Apakah fungsi Menu ‘Forum’?
Jawapan: Forum adalah tempat untuk guru subjek dan murid subjek untuk berinteraksi.

26. Apakah perbezaan antara ‘Albayen Library’ dan ‘My Library’?
Jawapan: Albayen Library adalah bahan yang diberikan oleh pihak Albayen manakala bahagian My Library adalah bahan yang telah dimuatnaik di dalam kelas.

27. Siapakah yang menyediakan bahan di ‘Professional Development Resources’?
Jawapan: Bahan ini disediakan oleh pihak Albayen untuk rujukan guru-guru.

28. Di manakah saya boleh melihat senarai subjek yang saya ajar pada tahun tersebut?
Jawapan: Guru boleh melihat subjek yang diajar pada Menu ‘Classes’.

29. Bolehkah guru kelas melihat bilangan muridnya?
Jawapan: Boleh. Sila pergi ke Menu ‘Attendance’. Pada bahagian tersebut akan dipaparkan bilangan murid didalam kelas.

30. Apakah fungsi Menu ‘Timetable’?
Jawapan: Menu ‘Timetable’ adalah untuk guru memuat naik jadual kelas.

31. Saya telah membuat soalan latihan untuk aktiviti berkumpulan. Bagaimanakah cara untuk guru membuat kumpulan untuk murid?
Jawapan: Pilih aktiviti yang telah dibina, kemudian pada butang ‘Action’, pilih bahagian ‘Customize Group Activity’. Tekan butang ‘Create Group’ untuk meletak nama ahli kumulan dan tekan butang ‘Create’.

32. Bagaimanakah cara untuk guru menetapkan kumpulan murid?
Jawapan: Pilih aktiviti yang telah dibina, kemudian pada butang ‘Action’,pilih bahagian ‘Customize Group Activity’, pilih nama kumpulan yang dikehendaki. Kemudia tekan butang ‘Select Student’ untuk memilih nama ahli kumpulan. Kemudia pilih nama murid yang dikehendaki dan tekan butang ‘Add’.

33. Bagaimanakah cara untuk melantik ketua kumpulan bagi aktiviti berkumpulan?
Jawapan: Pilih aktiviti yang telah dibina, kemudian pada butang ‘Action’, pilih bahagian ‘Cutomize Group Activity’, pilih nama kumpulan yang dikehendaki. Kemudia tekan butang ‘Select Student’ untuk memilih nama ahli kumpulan. Kemudian tekan ikon pada kolum ‘Team Leader’.

34. Bolehkah sekiranya guru tidak melantik ketua kumpulan bagi aktiviti berkumpulan?
Jawapan: Boleh.

35. Adakah guru boleh menukar ahli di dalam aktiviti berkumpulan?
Jawapan: Boleh.

36. Adakah guru boleh mengeluarkan nama murid daripada aktiviti kumpulan yang telah didaftarkan?
Jawapan: Boleh. Pilih aktiviti yang telah dibina, kemudian pada butang ‘Action’, pilih bahagian ‘Customize Group Activity’ pilih nama kumpulan yang dikehendaki. Kemudian tekan butang ‘Select Student’ untuk memadam murid di dalam kumpulan tersebut. Pada kolum ‘Remove’ tekan ‘X’ untuk memadam nama murid.

37. Bagaimanakah cara untuk menambah murid didalam aktiviti kumpulan?
Jawapan: Pilih aktiviti yang telah dibina, kemudian pada butang ‘Action’, pilih bahagian ‘Customize Group Activity’, pilih nama kumpulan yang dikehendaki. Kemudian tekan butang ‘Select Student’ untuk menambah murid di dalam kumpulan tersebut. Kemudian pilih nama murid yang dikehendaki dan tekan butang ‘Add’.

38. Saya hendak membuat aktiviti secara berpasangan. Bolehkah saya membuat kumpulan untuk 2 orang murid sahaja?
Jawapan: Boleh.

39. Adakah terdapat bilangan maksimum untuk menambahkan murid didalam aktiviti berkumpulan?
Jawapan: Tiada bilangan maksimum untuk menambahkan murid didalam aktiviti berkumpulan.

40. Apakah perbezaan antara aktiviti berkumpulan yang mempunyai ketua dengan aktiviti berkumpulan yang tidak mempunyai ketua?
Jawapan: Bagi yang mempunyai ketua, hanya ketua sahaja yang boleh menghantar jawapan. Bagi yang tidak mempunyai ketua, semua ahli kumpulan boleh menghantar jawapan.

41. Bagaimanakah cara pemarkahan untuk aktiviti jika terdapat ketua di dalam kumpulan?
Jawapan: Jawapan yang dihantar oleh ketua adalah mewakili keseluruhan ahli kumpulan.

42. Bagaimanakah cara pemarkahan untuk aktiviti berkumpulan jika tidak mempunyai ketua didalam kumpulan?
Jawapan: Jawapan akan dikira secara individu.

1. Mengapa saya tidak boleh log masuk ke dalam akaun murid?
Jawapan: Sila semak pautan url yang anda masukkan. Pastikan anda telah memasukkan pautan yang betul iaitu https://musleh.albayen.my/. Sekiranya pautan tersebut adalah betul, semak semula Username dan kata laluan anda.

2. Di manakah saya boleh mendapatkan Username saya?
Jawapan: Sila rujuk kepada pentadbir sekolah anda.

3. Bagaimana jika saya terlupa kata laluan?
Jawapan: Sekiranya pengguna terlupa kata laluan yang telah pengguna masukkan, pengguna boleh tetapkan semula kata laluan dengan menekan butang ‘Forgot Password?’ yang berada di bahagian bawah butang ‘Log In’. Apabila pengguna menekan butang ‘Forgot Password?’, satu paparan baru akan muncul, meminta pengguna untuk memasukkan nama pengguna (username). Sekiranya nama pengguna sah, sistem akan memaparkan satu lagi paparan yang akan meminta pengguna untuk memasukkan kata laluan yang baru. Pengguna perlu memasukkan kata laluan sebanyak dua kali bagi tujuan pengesahan. Klik butang ‘Reset Password’ untuk set semula kata laluan menggunakan kata laluan yang baru. Kini, pengguna boleh log masuk ke sistem Albayen menggunakan username dan kata laluan yang baharu.

4. Bagaimanakah cara untuk log keluar dari akaun murid?
Jawapan: Tekan ikon murid pada bahagian atas sebelah kanan, kemudian tekan ‘Logout’.

5. Bagaimanakah cara untuk menukar gambar profil murid?
Jawapan: Tekan ikon murid pada bahagian atas sebelah kanan, kemudian tekan ‘Update profile picture’.

6. Apakah fungsi menu ‘Library’ dalam akaun murid?
Jawapan: Pada menu ‘Library’, murid boleh mendapatkan bahan rujukan yang disediakan oleh pihak Albayen.

7. Bagaimana saya boleh lihat kemajuan saya di dalam sistem ini?
Jawapan: Untuk melihat kemajuan murid, tekan menu ‘Subjects’, seterusnya pilih subjek dan tekan butang ‘View Lessons’. Kemudian, lihat pada menu sebelah kiri, dan tekan pada menu ‘Progress’.

8. Berdasarkan apakah kemajuan saya ditunjukkan?
Jawapan: Progress murid dipaparkan berdasarkan ‘Activity’ yang telah disiapkan.

9. Mengapa saya tidak boleh melihat tahap ‘Intermediate’ bagi ‘Activity’ saya?
Jawapan: Aktiviti ini adalah Aktiviti Bertahap di mana tahap ditentukan berdasarkan aktiviti-aktiviti lain yang telah dilakukan.

10. Kenapa saya tiada butang ‘Submit’ untuk soalan berkumpulan?
Jawapan: Bagi soalan berkumpulan yang mempunyai ketua kumpulan, hanya ketua kumpulan yang akan dibenarkan untuk menekan butang ‘Submit’, oleh itu ahli yang lain tidak ada butang submit. Manakala bagi kumpulan yang tiada ketua kumpulan, setiap ahlinya akan dibenarkan menekan butang submit.

11. Kenapa terdapat aktiviti yang tidak terus menunjukkan markah setelah disiapkan?
Jawapan: Bagi soalan kategori “Short Essay”, hanya akan memaparkan markah setelah guru mata pelajaran tersebut telah menanda jawapan murid. Berbeza dengan soalan jenis lain yang akan ditanda secara automatik oleh sistem.

12. Bagaimana boleh saya menyemak markah aktiviti yang telah saya lakukan?
Jawapan: Anda boleh menyemak markah dengan menekan butang ‘Complete’ setelah selesai menjawab activiti berkenaan ataupun melalui bahagian ‘Progress’ di mana setiap aktiviti akan ditunjukkan markah.

13. Bagaimana untuk kembali kepada halaman Nota Multimedia (Slide Powerpoint)?
Jawapan: Pergi ke Menu ‘Subject’, kemudian pilih dan tekan pada subjek pilihan. Tekan butang ‘Lesson’, pilih topik pelajaran dan tekan butang ‘Start Learning’.

14. Bagaimanakah cara untuk memasukkan jawapan untuk soalan Fill in the Blank?
Jawapan: Masukkan jawapan berdasarkan jumlah ruang jawapan yang disediakan.

15. Bagaimanakah saya hendak menjawab soalan jika Fill in the Blank mempunyai 2 kotak jawapan?
Jawapan: Masukkan jawapan berdasarkan jumlah ruang jawapan yang disediakan.

16. Bolehkah ibubapa melihat keputusan peperiksaan anak mereka?
Jawapan: Ya, boleh. Tekan pada Menu ‘Exam Result’.

1. Saya ingin melihat jadual kelas untuk anak saya. Bagaimana saya ingin berbuat demikian?
Jawapan: Ibu bapa boleh menyemak jadual murid yang telah dimuat naik oleh guru pada menu ‘Schedule’ yang terpapar selepas pengguna klik nama murid pada sebelah kiri skrin.

2. Bagaimanakah cara untuk saya melihat kehadiran anak saya ke sekolah?
Jawapan: Ibu bapa boleh membuat semakan kehadiran murid ke sekolah dengan menekan menu ‘Attendance’ yang terpapar selepas pengguna nama murid pada sebelah kiri skrin.

3. Bagaimana saya ingin melihat kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru kepada anak saya?
Jawapan: Ibu bapa boleh berbuat demikian dengan cara menekan menu ‘Homework’ yang terpapar selepas pengguna klik nama murid pada sebelah kiri skrin.

4. Bagaimana ibubapa boleh melihat kemajuan pelajaran anak mereka?
Jawapan: Pada menu di sebelah kiri skrin, sila tekan pada nama murid. Pilih pada menu ‘Progress’. Kemajuan murid akan dipaparkan berdasarkan subjek yang diambil oleh murid.

5. Bolehkah saya menyemak keputusan peperiksaan anak saya yang telah dijalankan oleh pihak sekolah?
Jawapan: Boleh. Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan peperiksaan dengan cara menekan menu ‘Exam Result’ yang terpapar selepas pengguna memilih nama murid pada sebelah kiri skrin. Kemudian, ibu bapa boleh memilih jenis-jenis peperiksaan yang telah diambil oleh murid di sekolah.

6. Bagaimana jika saya ingin memberi maklumbalas kepada pihak sekolah melalui sistem ini?
Jawapan: Maklumbalas boleh diberikan melalui fungsi ‘Feedback’ di halaman utama.

7. Siapakah yang akan menerima maklumbalas saya?
Jawapan: Pihak pentadbir sekolah yang akan menerima aduan daripada ibu bapa.

8. Adakah saya dapat melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah anak saya?
Jawapan: Ibu bapa boleh berbuat demikian dengan melihat kalendar yang dipaparkan pada halaman utama sistem. Sekiranya terdapat aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah, aktiviti tersebut akan dipaparkan pada ruangan calendar. Selain itu, terdapat fungsi ‘Announcement’ sekiranya pihak sekolah ingin menyampaikan sebaran maklumat kepada ibu bapa.

1. Bagaimana saya ingin membuat akses ke sistem Albayen Premium?
Jawapan: Pengguna boleh membuat capaian ke sistem Albayen Premium melalui pautan berikut: https://albayen.sakj.jainj.gov.my/.

2. Apakah web browser yang sesuai untuk saya membuat akses ke sistem Albayen Premium?
Jawapan: Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan web browser yang kami sarankan, iaitu Google Chrome. Sekiranya pengguna tiada aplikasi Google Chrome, pengguna boleh juga menggunakan aplikasi web browser yang lain seperti Mozilla Firefox dan Microsoft Edge. Bagi pengguna peranti Apple (Macbook, iPad, iPhone), kami tidak menyarankan pengguna untuk menggunakan Safari. Sila gunakan web browser yang telah kami sarankan bagi mengelakkan sebarang ralat.

3. Bagaimanakah cara untuk log masuk ke sistem Albayen Premium?
Jawapan: Pengguna boleh log masuk ke sistem Albayen Premium mengikut jenis kategori pengguna: • Jika anda ingin log masuk menggunakan akaun pentadbir sekolah, sila masukkan nama pengguna (username) yang telah diberikan oleh pihak Albayen kepada pihak sekolah (contoh: SAJ2TG6), beserta kata laluan (password) Albayen1234. Kemudian, tekan butang ‘Log In’. • Jika anda ingin log masuk menggunakan akaun guru, murid, ataupun ibu bapa, sila masukkan nombor kad pengenalan/no passport/surat beranak (berdasarkan nombor identiti yang didaftarkan di dalam akaun Pentadbir Sekolah pada kotak username (contoh: 851212010159), beserta kata laluan (password) Albayen1234. Kemudian, tekan butang ‘Log In’.

4. Bolehkah saya menukar kata laluan? Bagaimanakah caranya?
Jawapan: Boleh. Pengguna boleh menukar kata laluan lalai (default password) yang telah diberikan oleh pihak Albayen dengan memilih popup menu ‘Change Password’ yang muncul apabila pengguna menekan ikon profil pada bahagian atas sebelah kanan skrin. Apabila menu muncul, klik pada menu ‘Change Password’, dan kemudian satu paparan tukar kata laluan akan muncul. Masukkan kata laluan yang ingin digunakan oleh pengguna. Kemudian, tekan butang ‘Change Password’. Kata laluan anda akan diubah mengikut kata laluan yang telah pengguna masukkan.

5. Saya telah menukar kata laluan, dan saya terlupa password yang saya telah masukkan. Boleh saya menukar semula kata laluan tersebut?
Jawapan: Boleh. Sekiranya pengguna terlupa kata laluan yang telah pengguna masukkan, pengguna boleh tetapkan semula kata laluan dengan menekan butang ‘Forgot Password?’ yang berada di bahagian bawah butang ‘Log In’. Apabila pengguna menekan butang ‘Forgot Password?’, satu paparan baru akan muncul, meminta pengguna untuk memasukkan nama pengguna (username). Sekiranya nama pengguna sah, sistem akan memaparkan satu lagi paparan yang akan meminta pengguna untuk memasukkan kata laluan yang baru. Pengguna perlu masukkan kata laluan sebanyak dua kali bagi tujuan pengesahan. Tekan butang ‘Reset Password’ untuk tetapkan semula kata laluan menggunakan kata laluan yang baru. Kini, pengguna boleh log masuk ke sistem Albayen menggunakan username dan kata laluan yang baharu.

6. Kami telah menukar butiran (Alamat, Nombor Telefon, Email) sekolah yang baharu. Bagaimana saya ingin mengemaskini butiran tersebut?
Jawapan: Boleh. Sila maklumkan kepada pihak Albayen untuk menukar butiran lama ke butiran yang baru.

7. Apakah perbezaan antara Albayen Lite dan Albayen Premium?
Jawapan: Albayen Lite dan Albayen Premium adalah dua sistem yang berbeza. Albayen Lite adalah versi asas kepada Albayen Premium. Albayen Lite merupakan satu platform untuk guru menyediakan bahan pengajaran kepada murid tanpa kurikulum yang disediakan oleh pihak Albayen. Albayen Lite hanya berfungsi sebagai Learning Management System. Albayen Premium berbentuk holistik yang menyediakan fungsi LMS (Learning Management System), SMS (School Management Systerm) and OMS (Organization Management System). Di dalam sistem ini, pihak Albayen menyediakan kurikulum berdasarkan silibus pihak klien.

8. Adakah data guru dan murid yang dimasukkan pada tahun ini akan hilang pada tahun hadapan?
Jawapan: Data guru dan murid tidak akan hilang. Data bagi setiap murid akan disimpan selama 6 tahun. Namun begitu guru perlu melakukan penugasan kelas pada setiap tahun mengikut kelas murid.

9. Saya telah menekan butang fungsi tetapi tiada sebarang tindak balas.
Jawapan: Sila pastikan setting pop-up blocker pada web browser (Google Chrome, Mozilla Firefox, etc.) anda telah dimatikan. Ini untuk mengelakkan sebarang ralat (error) berlaku.

10. Mengapakah saya tidak boleh log masuk ke dalam akaun pentadbir sekolah?
Jawapan: Sila semak Username yang telah pihak Albayen berikan kepada pihak sekolah, dan sila pastikan kata laluan anda betul.

11. Mengapakah saya tidak boleh log masuk ke dalam akaun guru?
Jawapan: Sila pastikan pengguna memasukkan nombor kad pengenalan dengan betul. Pastikan kata laluan anda disemak dan dimasukkan dengan betul sebelum masuk ke dalam akaun guru. Jika guru masih mempunyai masalah untuk log masuk ke sistem Albayen, sila berurusan dengan pihak pentadbir sekolah.

12. Mengapakah saya tidak boleh log masuk ke dalam akaun murid?
Jawapan: Sila pastikan pengguna memasukkan nombor kad pengenalan/no passport/no surat beranak dengan betul. Pastikan kata laluan anda disemak dan ditulis dengan betul sebelum masuk ke dalam akaun murid. Jika murid masih mempunyai masalah untuk log masuk ke sistem Albayen, sila berurusan dengan pihak pentadbir sekolah.

13. Bagaimana jika murid tiada kemudahan internet di kediaman mereka atau mempunyai capaian yang tidak sesuai untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran atas talian?
Jawapan: Sila maklumkan perkara tersebut kepada guru dan guru akan membantu dengan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid.

14. Testing Question
Jawapan: Testing Answer.

User Manuals

Step-by-step guidance to use Albayen system.

User Version Attachment
School Admin
- A complete manuals for school admin
1 Download
Teacher
- A complete manuals for teachers
1 Download
Student
- A complete manuals for all students
1 Download
Parents
- A complete manuals for parents, as reference
1 Download




If you are having difficulties in using Albayen system, please do not hesitate to contact our technical helpdesk (will reply within 24 hours)

011-589 48006 (WhatsApp Only)
07-550 0077 (Office)

You can also email your enquiries to us at [email protected].

Thank you!


ALBAYEN® 2018. All Right Reserved.
Best viewed in Chrome latest version with screen 1920 x 1080 (Landscape)